Mengenai PMK




Pada peringkat permulaannya, Politeknik Melaka hanya menerima sekumpulan pelajar pertamanya sejumlah 197 orang pada bulan Julai 1999. Namun bilangan kemasukan ini meningkat dari setahun ke setahun. Ketika itu, PKM mengendalikan 4 kursus diperingkat SIJIL iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Pengajian Perniagaan, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Manakala, Sijil Penyimpanan Kira (SPK) telah di jalankan oleh Jabatan Perdagangan pada Sesi Januari 2004.

Kini dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, PMK telah mula menawarkan Program di peringkat DIPLOMA. Kumpulan pelajar pertama Sesi Julai 2009 dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditawarkan Program diperingkat Diploma dan pada sesi kemasukan berikutnya, PMK mula menerima pelajar Diploma, tiada program diperingkat sijil lagi ditawarkan untuk kemasukan ke Politeknik Melaka.

Antara 4 pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik(kawalan), Diploma Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi.


Pada 4 Jun 2010, secara rasminya Politeknik Kota Melaka ditukar nama ke Politeknik Melaka.



VISI POLITEKNIK

Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.



MISI POLITEKNIK


Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin.